Cheesecake.♥

Tuesday, 22 January 2013 // 19:43
♣ Kenapa Atuk X Tunggu Kakak? :'(

Assalamualaikum semua.. Nampak tittle tu dah boleh agak dah apa yang jadi kan? Sebenarnya ada salah faham di sini. Aku minta maaf especially to my besties ( Pika, Kiko, Ziza, JJ, Qet). Mungkin salah ku jugak sebab terlalu ikut perasaan samapai salah bagi maklumat. Memandangkan aku dah buat 1st entry, biar ar aku explain apa sebenarnya yang berlaku.  :')

17.01.2013 - KHAMIS

      Aku masih ingat waktu tu aku tengah sekolah. Then, kami semua besties cadang nak k library habis sch tu. So, kami k Library cari maklumat pasal proposal Sejarah kami. Dah memang crowded sangat dah library bandar tu dengan budak2 form6. Time2 mcm nie baru ar jejak library tu. Lo x, xda nya ar tu. Hehe. Times Up! Dalam jam 4 begitu kami keluar dah dari library tu sebab semua pun nak pulang awal. Pergi sana, pergi sini, Hendra (bf Pika) hantar kami ke rumah masing2. Tapi aku minta Hendra turunkan je di tepi jalan dekat simpang rumah. So, xpayah dia susah2 U-turn di jalan rumah tu. Lagipun, jalan di kampung ku nie, HMM... kalau Karamsingh buat liputan, esoknya langsung JKR kasi rata nie jalan. Forget bout that.
       Then, I received a call from adik. "Kak, kau di mana? Mak suru kau ke Hospital. Atuk Koma. 50/50 sudah atuk. Semua dah ada di sana. Kalau kau masih di bandar, p ar kau hospital." Aku memang t'kejut betul. Naik risau aku ya Allah. :( Kebetulan nenek (mak abah) nak datang rumah ku. So aku pun cerita apa yang jadi. Nenek pun suruh atuk (bapa abah) hantarkan aku ke hospital. Sampai dah ke Hospital, ya Allah.. aku xsanggup nampak atuk. Wayar b'sambung atas dada atuk, Hos pernafasan dalam mulut atuk, cucuk air di tangan atuk, lain lagi hos untuk ubat atuk. Sesiapa yang nampak, pasti sebak nampak atuk. Aku betul2 xtahan. Dah t'esak-esak. Tangan atuk aku genggam je. Masa x m'izinkan. Masa lawatan dah habis. Cium tangan atuk, cium pipi atuk, minta izin keluar.

18.01.2013 - JUMAAT

       Pergi sch macam biasa. Malam semalam fikir pasal atuk je. Habis sch je, direct ke hospital. Ziza, J.j, Pika, Kiko ikut aku lawat atuk. Sampai di hospital, atuk mcm begitu je. Xda perubahan. :( Agak lama juga di hospital. Balek dari hospital, kemas rumah jap. Rumah dah xt'urus dah sebab mak seharian n hari-hari di hospital je. Jadi, house chores fully on me. Aku buat apa yang termampu je. Then, balik lagi ke hospital selepas maghrib tu. Tengok atuk. Masih jugak sama. :(

19.01.2013 - SABTU

       Hari nie, aku langsung xda lawat atuk. Kena kemas rumah nie. Cuci kain sampai 2bakul besar. Kalau skip sekejap, Kain2 tu makin b'timbun. Lagipun, mak kasi sejuk hati ku supaya jangan risau atuk.  InsyaAllah atuk baik malah makin sihat. Aku pun iya kan kalau mak dah cakap macam tu. Mudah2an atuk ok. Atuk.. maaf.. kak xdapat datang. Nanti kak datang tengok atuk ya. :')

20.01.2013 - AHAD

      Bangun pagi je, sambung buat proposal yang kena hantar esok. Tanya itu, tanya ini dengan Qet n Kiko pasal proposal itu sebab takut salah buat lagi. Dah siap, semangat nak lawat atuk sebab Hari Ahad, masa lawatan panjang. Dari pukul 12.30 tgh ari hingga 7 malam. :D
      Sedang b'siap, mak terima panggilan dari Kak Atik yang jaga atuk di hospital. Menangis2 dah suruh datang cepat. Pernafasan atuk makin perlahan. Ya Allah.. aku panik sangat. Dalam kereta, mata ku bergenang terus air mata. Doa xputus2 aku buat. Macam2 dah aku fikir. Aku mesej Hanip (kawan baik). Hanip t'kejut dengar berita nie. Dia suruh aku tenang. Tapi aku xboleh dah fikir waras. Dalam fikiran, atuk, atuk, atuk. :'(
       Sampai k hospital, jam 12pm. Ada setengah jam lagi baru boleh naik k tingkat 2 tempat wad atuk. Waktu tu, aku duduk depan kaunter sekuriti tempat menunggu. Masih boleh control. Tapi aku keep ask kawan2 si adik jam berapa sudah? Pacik Jul yang jaga atuk call abi suruh naik tapi sekuriti xbagi sbb belum masa lawatan. So, pacik Jul turun bawah runding dgn sekuriti. Alhamdulillah, sekuriti bagi greenlite cuma boleh naik 2 orang je. Yang pasti, nenek di bawa masuk. B'pikir2 siapa yang temankan nenek, mak yang ikut sama. Tinggal lah aku lagi di bawah. Rasa macam nak kasi pecah je pintu tu supaya bole naik. Aku xsabar nak jumpa atuk. Dah sehari kemarin x jumpa atuk. :( Sekuriti tu tetap setia menjaga pintu. Sampai masa lawatan, mungkin macik sekuriti tu faham jugak yang aku memang xsabar nak masuk. Beliau signal suru buka pintu. Dah boleh masuk. Aku xpandang lif dah. B'lari naik tangga ke tingkat 2 dengan skirt2 ku. Cemas, Sedih, Risau, semua b'campur perasaan dah aku rasa. Sampai ke wad atuk, tengok atuk kena keliling 2 org nurse. Yang 1, masukkan hos yang panjangnya dari mulut k perut. Hos tu di masukkan ke dalam mulut atuk. Aku xtau apa tujuannya. Yg 1 nurse tu, xtau apa dia buat kat atuk. Sebak nampak atuk. Atuk mcm kesakitan. Semua ahli keluarga b'tangisan. :'(
        Doktor suruh kumpulkan ahli keluarga. Bila di buka alat bantuan pernafasan atuk, atuk cuma boleh bertahan 2 jam begitu. Semua pergi minta maaf dengan atuk, Cium kaki, cium pipi. Sebak sangat. Xsangka semua nie boleh jadi. Sebenarnya waktu hari khamis tu, atuk ke balai polis buat satu laporan. Tiba giliran atuk di panggil, berdiri dari duduk, atuk terus rebah! Pihak polis cek dompet atuk, kot2 ada no. telfn yg boleh di hubungi. Xada. Di cek 1 dokumen atuk, atuk pernah bekerja jadi mandor di pertanian. Jadi, di call bahagian pertanian dekat Queen Hill sana. Ada k penama Ekong tinggal di sana. Pihak jbtn pertanian cakap kalau penama itu xada. Sudah pencen. Anaknya yang masih tinggal. Jadi, pacik Kadir yang seluan dpt nie khabar. Cukup menangis pacik Kadir. Xada siapa yang tahu atuk k balai polis sbb atuk jenis yang xbagitahu sesiapa kalau nak jalan. Xnak dihantar. Jadi, memang xda siapa yang tahu. Kak May n macik baru datang. Dia datang je, terus menangis yang sampai xboleh tahan dah. Hantak kaki xboleh trima nampak atuk mcm nie. Kami tambah hiba. Aku try pujuk dia supaya control. Mak peluk kak May. Suasana tetap sedih. Tapi aku yakin, semua berdoa agar ada keajaiban. Selama aku disana, pacik2, macik2 cakap, yang atuk dah xda sebenarnya. Xada aktiviti otak dikesan. Atuk masih bernafas sebab alat bantuan tu. Tapi aku xpercaya. Memang atuk masih ada! Masih! Asal ada keluarga yang lain datang cium atuk, aku t'kesan. Air mata xberhenti. Kami masih tetap disisi atuk. Pegang tgn atuk, usap2 tgn atuk. Abi n pacik suruh berdoa. Kami menurut. Tiba-tiba abi pegang bahu ku and kak May dari belakang. Maksudnya abi ada nak cakap. "Kamu berdoa je semoga roh atuk dicabut dengan baik....." . Abi masih b'cakap tapi aku langsung cuim tgn atuk sambil menangis yang xboleh trima hakikat. Lutut xkuat dah nak tampung badan. Mak peluk aku dari belakang cuba tahan perut ku supaya suara sebab meratap xkeluar. Nanti atuk terseksa. Sumpah, aku sebak abi ckp bgtu. Aku belum boleh. Mungkin aku xrapat dengan atuk sbb xtinggal dgn atuk. Tidur rumah atuk time cuti je. Tapi aku sayang keluarga ku. Aku syg atuk. Memang terkesan ar. Nangis, nangis, nangis.. Itu je boleh dinampak. Pelawat pesakit lain tengok2 je keadaan kami. Tapi dorang xtau apa kami rasa. Cuma boleh lihat. Macik Ina, mak baca Yassin. Dalam pukul 4 begitu, pacik Jul tiba2 b'suara. "Saya sudah bincang dgn doktor. Jadi semua ok?" Semua menjawab dgn pasrah. Aku b'cakap, "Ha?! Mau di buka sudah? EE.. Nanti bha.. :'((" Tapi, mgkin suara tu cukup aku n sebelah ku je yg dengar. Siapa ar bha aku nie.. Suasana mula Hiba kembali. Semua b'gilir2 cium atuk, minta maaf, tatap puas2. Sbb atuk nak di bawa pulang dah dalam keadaan xda alat bantuan.
        Waktu kami pulang, tunggu atuk di rumah, aku dah text Pika bagitahu atuk dah xda. :'(

21.01.2013 - ISNIN

         Sebenarnya, apa yang di jangkakan manusia, kalau bukan izin dari ALLAH, semua salah atau x berlaku. Kami b'syukur atuk masih ada dengan kami. Selama atuk di rumah, aku setia sebelah atuk. Bawa atuk b'cerita, bacakan Yassin untuk atuk, beri keperluan atuk semampunya. Sebenarnya bukan aku je. Kami semua cucu2, anak2, menantu2 atuk selalu ada di sisi atuk. Klu bagi makan, kami serahkan kepada Kak Atik memandangkan kak Atik jururawat bhgian phisiotheraphy. Kak Atik tahu mcm mana nak kasi minum n makan atuk. Xboleh sembarangan. Nanti atuk Tersedak!
         Ramai orang datang ke rumah atuk bacakan yassin untuk atuk, tengok atuk. Orang2 masjid, kawan atuk pun datang. :') Yang m'hibakan aku, setiap kali dengar laungan azan, mesti ingat atuk waktu dulu2. Atuk selalu jadi muazzin di masjid. Bila dengar atuk melaungkan azan, kami cucu2 nya b'teka-teki. "atuk k tu? mcm suara atuk. bukan atuk. EH! atuk! :D" .Tapi itu dulu. sekarang, atuk terbaring lemah. :'(
          Aku xpergi sch lagi. Nak jaga atuk. Proposal, dah ayah bagi dgn si Qet. Lepas Zohor tu, pacik Nasir suruh beli lampin untuk atuk. Kebetulan juga barang2 ku dah habis. Jadi, temankan si adik beli semua barang tu. Kami salam atuk. Abi pesan jangan singgah mana2 sebab takut balek lewat. Pergi farmasi, beli lampin atuk.
         Kami beli barang semua, dalam bas sudah. Mak call, "Kamu dimana?". Adik yg jawab,"Dalam bas sudah mak. Otw." Mak, " Cepat. Atuk nazak". Kami mula panik. Memang nak dkt dah pun. Beza dlm 10 buah rumah je dari rumah nenek. B'harap tiada apa2. Azan Asar berkumandang. Aku n adik baru turun dari bas. Memang langkah tu laju. Kebetulan b'selilisih dgn 1 sepupu. Aku senyum. Dia senyum. Then, tiba2 dia cakap, "Atuk kamu dah xda (suara menahan tangis) ". Aku xpercaya! Aku pergi bandar beli lampin untuk atuk! Atuk xkan tinggalkan aku.
         Sampai depan pintu pagar, selipar di bukak macam tu je. Abang Arsad menangis. Nampak aku, di suruh cium atuk. Aku xpercaya lagi. Sampai depan atuk, aku xnampak dah atuk b'nafas. Aku pegang kaki atuk. Menangis xsudah. mak, umi, kak May menangis. Aku beli lampin atuk. Atuk kan nak guna. Kenapa atuk xtunggu aku? Aku memang xguna. Xda di sisi atuk waktu atuk nazak. :'(
          Aku cukup hiba. Aku xsangka semua nie akan aku hadapi dalam masa tahun baru nie. Mak tenangkan aku. Mak cakap, alhamdulillah, atuk jalan dgn tenang tadi. Jangan risau. Waktu atuk di tutup pakai selimut tipis, tambah lagi aku hujan. Ya allah.. atuk.. :'(
         Nenek pula meraung. Ramai yang cuba tenangkan nenek. Nanti atuk tersiksa. Tapi nenek degil. "Aku xtau mahu ke mana dia xada!" itu terus nenek cakap lepas tu pengsan. Suasana riuh nenek mcm tu. Pastu, dtg lagi nenek cium2 jenazah atuk. Umi tenangkan nenek, nasihat nenek. Tapi nenek masih sama. Malah pengsan sampai 6 kali sbb susahnya nak trima hakikat atuk dah xada di dunia nie. Kami faham apa nenek rasa. :'(
         Semua dah buat keputusan, yang jenazah atuk akan dikebumikan malam tu juga. Selama atuk masih di situ, kami cucu2nya, anak2 nya, menantu2 nya baca kan yassin, cium2 atuk, tatap atuk puas2. Sebab nanti bila atuk dah di mandikan, xda siapa boleh cium atuk dah. Selepas isyak atuk dimandikan. Kami cucunya baring 1 bantal dgn jenazah atuk, ada yg baring dkt kaki atuk. Mak always ada sebelah arwah atuk. Waktu imam dah nak mandikan atuk, kami menangis. Kain kafan dah di potong. Ayah, abi, pacik Amir n yang lain angkat atuk untuk di mandikan. Nenek yang nampk kejadian tu, meratap lagi. "Ya Allah.. menantu2 ku!" . Menantu2 nenek yang angkat atuk. Sementara atuk di mandikan dalam bilik, aku, adik, n kak May buat tabir supaya org lain xnampak waktu atuk di ikat kafannya. Kami cuma buat apa yang mampu untuk atuk. Niat semoga Allah beri ganjaran pahala. Selesai di mandikan, saat jenazah atuk keluar dari bilik dgn kain kafan, suasana hiba kembali. :'(
         Sudah selesai di kafankan, atuk di sembahyangkan. Ya allah.. tinggal berapa minit lagi atuk dah xda di rumah tu. Kemudian, keranda di bawa masuk dalam ruang tamu. Jenazah atuk di masukkan ke dalam keranda. Di usung keluar. Kami menangis yang xhabis. Aku nmpk atuk sampai hujung keranda tu hilang dr pandangan. Suasana sedih sgt. Kehilangan atuk mmg di rasa. :'(
         Malam tu, atuk selamat di kebumikan. Semalam, kami tidur jam 1.30 a.m. Pacik2 n macik2 bongkar barang2 arwah atuk. Kami jumpa diary lama atuk, kertas orang yang b'hutang sama atuk, album cucu2 atuk n yg dulu2 punya gambar. Atuk sgt sweet.. :')




** Kehilangan atuk benar2 di rasa oleh semua. Atuk.. semoga atuk tenang di alam sana. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh atuk, amalan atuk di terima. Amin.. Kami selalu doakan atuk.

Kepada semua yang tahu hal nie, terima kasih sebab selalu ada bersama2 atuk. Khususnya kepada mak n adik yg selalu tenangkan atuk selama atuk sakit. and aku minta maaf sbb salah bagi maklumat. Aku juga terpengaruh dengan apa yang jadi ke atas atuk. Apa yang boleh aku simpulkan, Mati itu pasti. Kita yg masih hidup harus teruskan hidup dan terima hakikat atas kehilangan orang yg tersayang. Kenangan bersama arwah atuk dan pesanan beliau xkan dilupa.

Terima kasih sbb sudi membaca entry yg xseberapa. Esok kena sekolah. Jadi tidur awal. Assalamualaikum my dears. :')
       




       



     
     

         





Profile Info
Speak To Me
Runaways
Layout by elysaysgoodbye. Resources from here, here, and here. Tested in Google Chrome.




Dashboard | +Follow